Sejarah
Sekolah Kebangsaan Seri Paya ditibuhkan oleh penduduk yang menyedari betapa pentingnya pendidikan kepada anak mereka. Ianya telah ditubuhkan pada 27 Februari 1946 iaitu berdekatan dengan surau di rezab 8. Jarak bangunan tersebut daripada bangunan sekarang adalah lebih kurang 3 km.
Pengasas bagi bangunan tersebut ialah Tuan Haji Nawi bin Hj. Nasir dan Tuan Haji Jais bin Hj. Rais. Manakala guru pengasasnya pula adalah Encik Yaacob bin Hj.Rais. Pada tahun yang sama iaitu pada 1946, bangunan sekolah tersebut telah dipindahkan ke rezab 1 hasil daripada kerjasama penduduk kampong. bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Tuan Said Isa bin Alwi, Nazir Sekolah Melayu Daerah Batu Pahat. Guru besar pertama sekolah ini ialah Encik Yahya bin Hj. Abd.Rahman.
Sekolah Kebangsaan Seri Paya ini mempunyai lencananya tersendiri hasil ciptaan En. Yaacob bin Hj. Rais. Di lencana terdapat 4 warna iaitu hijau, merah, putih dan kuning. Warna hijau bererti kemajuan, kesuburan dan makmur. Warna merah bererti semangat.putih melambangkan kejujuran dan keikhlasan manakala kuning bermakna keluhuran. Burubg bangau adalah simbol tempat berpaya.
Pada tahun 1981, sebuah bangunan baru telah dibina bagi menambahkan kesejahteraan dan keselesaan pengajaran dan pembelajaran. Sehingga kini dari tahun pembukaan sekolah tersebut bilangan pelajarnya seranai 1276 orang.
Sekolah ini adalah sekolah gred B yang telah melahirkan ramai cendikiawan, salah saeorang murid tuanya yang telah berjaya hingga ke pusat pengajian tinggi di Universiti Malaya ialah Tuan Haji Iskandar bin Astar.
Selain itu, pencapaian UPSR sekolah ini adalah membanggakan. Bagi tahun yang akan datang, para guru dan kakitangan sekolah ini akan terus berusaha demi kecemerlangan Sek. Keb. Seri Paya.
Guru-guru Tahun 1995
Duduk dari kiri En.Mohd.Dali , En.Kasmat, Puan Hjh.Hamzah bt Daglan (GB), En.Ab.Hadi,En.Abd.Rasid
Berdiri dari kiri Pn.Zuraidah,G.Pelatih,Pn.Sarimah,G.Pelatih,Pn.Aspalela,Pn.Zareiana,Pn.Halimah,G.Pelatih,G.Pelatih,Pn.Zalela.